Hebahan Program i-Sinar KWSP Pengeluaran Akaun 1

11 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Hebahan ini dilakukan melalui beberapa medium melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook page, akaun instagram dan laman Whatsapp group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas. Objektif Program i-Sinar ini adalah untuk memaklumkan kepada smua ahli yang layak tentang pengeluaran wang dari akaun 1 KWSP kini dibuka kepada semua ahli yang menghadapi masalah kewangan atau yang terjejas pendapatan akibat perlaksanaan PKP/PKPN disebabkan penularan wabak Covid-19 di Malaysia.

Permohonan i-Sinar KWSP Pengeluaran Akaun 1 terbahagi kepada 2 iaitu:

  • Kategori 1 : 21 Disember 2020
    • Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, dan:
      • Anda sudah lama tidak mencarum
      • Anda seorang suri rumah
      • Anda bekerja sendiri dan bekerja di sektor ekonomi gig
      • Anda hilang pekerjaan
      • Anda diberi cuti tanpa gaji
      • Anda hilang sumber pendapatan
    • Tiada dokumen perlu disertakan bersama permohonan. Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:
      • Tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
      • Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.
  • Kategori 2 : 11 Januari 2021
    • Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.
    • Permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:
      • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
      • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
      • Dokumen sokongan lain yang berkaitan seperti penyata bank.

Permohonan i-Sinar ini hanya secara dalam talian laman web isinar.kwsp.gov.my dan akan bermula pada 21 Disember 2020. Bagi melancarkan urusan permohonan nanti, anda digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit anda di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali