Kelas Advokasi Individu-Teknologi & Anda

11 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak.Kelas bermula pada pukul 300PM serta tamat pada pukul 400PM.

Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada peserta mengenai dunia digital yang semakin penting dan menjadi satu keperluan dalam hidup seiring dengan peredaran semasa tanpa sempadan. Peserta juga diberi pendedahan mengenai situasi semasa yang berkaitan dengan ICT bukan sahaja dalam negara tetapi juga merangkumi seluruh dunia. Antara pengisian yang turut dimuatkan dalam kelas ini ialah aplikasi semasa yang menjadi pilihan atau popular dalam kalangan komuniti khasnya golongan belia kini.

Kelebihan kelas ini ialah agar minda peserta akan menjadi lebih terbuka dengan adanya pendedahan atau kesedaran yang dikongsi bersama khasnya yang melibatkan ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali