Kelas Microsoft Office Word Menaip Surat

10 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di PEDi Kg Pasir Pandak.Kelas bermula pada pukul 0900AM serta tamat pada pukul 1100AM.

Kelas ini bertujuan untuk membimbing dan mengajar peserta dalam tatacara menaip secara asas. Peserta dibimbing dan diajar secara amali dalam menghasilkan surat rasmi. Peserta belajar cara menaip dengan menggunakan format yang betul seperti cara menukar font, saiz font, membuat jarak baris dan perenggan serta cara simpan fail di komputer.

Kelebihan kelas ini menyediakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali