Kelas Website Malaysia Airline (MAS) Cara Beli Tiket Secara Atas Talian

10 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di PEDi Kg Pasir Pandak.Kelas bermula pada pukul 1400PM serta tamat pada pukul 1600PM.

Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan serta peluang kepada peserta mengenai cara membeli tiket Malaysia Airline (MAS) secara atas talian. Peserta diajar cara memilih destinasi, masa dan tarikh penerbangan, mengisi maklumat peribadi serta cara membuat pembayaran.

Kelebihan kelas ini ialah dapat memberi serba sedikit pengetahuan kepada peserta cara membeli tiket secara atas talian untuk memudahkan urusan peserta di masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali