Kelas ICT Individu- Memindahkan dan Menyusun Atur Gambar Dari WhatsApp serta Mencipta Fail ke Desktop

11 September 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak.Kelas bermula pada pukul 0900AM serta tamat pada pukul 1200PM.

Kelas ini bertujuan untuk membimbing peserta dalam urusan memindahkan gambar dari applikasi WhatsApp ke desktop. Peserta diajar untuk membuka WhatsApp di desktop menerusi “WhatsApp Web” terlebih sebelum memindahkan ke dalam desktop. Peserta kemudiannya diajar untuk mencipta dan menamakan fail yang ingin diletakkan bagi memudahkan beliau untuk menyimpan gambar ke dalamnya dan mencari semula gambar yang telah disimpan pada masa akan datang. Selain itu, peserta juga diajar untuk menyusun atur gambar mengikut kesesuaian yang diperlukan.

Kelebihan kelas ini ialah agar peserta sedikit sebanyak mempunyai pengetahuan untuk memindahkan segala yang berkaitan dari WhatsApp ke dalam desktop. Peserta juga dimaklumkan juga perkara sedemikian dapat dipindahkan dalam komputer riba dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja pada bila-bila masa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali