Kelas Microsoft Office Word Individu: Asas-Asas Menaip
12 September 2021 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak.Kelas bermula pada pukul 0200PM serta tamat pada pukul 0500PM.
Kelas ini bertujuan untuk membimbing dan mengajar peserta dalam tatacara menaip secara asas. Peserta dibimbing dan diajar secara amali dalam menghasilkan surat rasmi, surat mohon cuti sakit dan cerita peribadi beliau. Peserta juga diajar dalam menyediakan jadual secara asas.
Kelebihan kelas ini ialah agar peserta sedikit sebanyak mempunyai pengetahuan dalam menaip secara asas bagi memudahkan urusan beliau sendiri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: