Kelas Website- Reka Cipta Borang Maklum Balas Menggunakan Aplikasi Google Form

10 November 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak.Kelas bermula pada pukul 200PM serta tamat pada pukul 500PM.

Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada peserta untuk mencipta borang maklum balas atau borang kaji selidik secara atas talian. Ia penting kerana semua borang maklum balas atau borang kaji selidik perlu dilakukan atau diisi pada masa kini secara digital sepenuhnya. Aplikasi yang digunakan untuk mencipta borang kaji selidik secara digital ialah Google Form. Peserta juga diberi peluang untuk mencuba sendiri mencipta borang maklum balas tersebut berdasarkan tugasan yang diberikan.

Kelebihan kelas ini ialah peserta mendapat pengetahuan dan mempunyai kemahiran dalam mengisi apa sahaja yang berkenaan atau yang dipinta dengan menggunakan Google Form. Dengan menggunakan aplikasi tersebut, ia adalah cepat, mudah dan amat menjimatkan dari segi masa dan wang.Segala-galanya dilakukan di hujung jari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali