Universiti digesa kurang beban mahasiswa
13 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniHebahan ini dilakukan melalui beberapa medium melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook page, akaun instagram dan laman Whatsapp group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas.
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) menggesa pihak pengurusan universiti mengurangkan beban kerja mahasiswa serta memandang serius isu kesihatan mental membabitkan pelajar yang kini menjalani kelas dalam talian.
Ini susulan kematian dua mahasiswa universiti tempatan yang dipercayai menghadapi tekanan akibat lambakan tugas, ujian dan peperiksaan yang terlalu berat.
Presiden KMUM, Muhammad Haziq Azfar Ishak, berkata mahasiswa dan mahasiswi di beberapa universiti lain juga pernah menyuarakan supaya beban kerja dikurangkan dengan menambahkan tempoh masa sebelum tarikh akhir penghantaran tugas bagi menyelesaikan isu ini.
Media sebelum ini melaporkan seorang mahasiswa jurusan pentadbiran perniagaan berusia 22 tahun daripada universiti awam meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim, Kedah, Jumaat lalu. Selain itu,seorang pelajar Diploma Kejuruteraan Awam dari kampus UiTM Jengka juga meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu, pada Sabtu lalu setelah dilapor mengalami kecederaan di bahagian belakang dan atas kepalanya hingga berlaku pendarahan dalaman.
Muhamad Haziq berkata, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebagai pihak yang lebih berautoriti digesa segera campur tangan.Justeru, katanya, KMUM mencadangkan pelajar diberi tempoh bertenang menyiapkan lambakan tugasan, selain turut menyarankan pensyarah mengambil kira suara mahasiswa secara demokratik serta perwakilan mahasiswa daripada universiti lain bersikap proaktif membawa isu terbabit ke pihak pentadbiran universiti.
Sementara itu, Gerakan Mahasiswa Demokratik (GMD) dan Parti Ikatan Demokratik (MUDA) turut menggesa KPT serta institusi pengajian tinggi mengambil langkah meningkatkan kesihatan mental dalam kalangan pelajar.Mereka mencadangkan bebanan kerja mahasiswa diminimumkan serta tiada tugasan atau ujian diberikan pada saat akhir, selain masa rehat selama seminggu diberikan selepas setiap empat minggu.Katanya, ia adalah mengambil kira situasi pandemik yang semakin kritikal melanda negara kita, pelajar tidak seharusnya diharapkan untuk meneruskan pembelajaran seperti tiada apa-apa yang berlaku di sekeliling mereka.
Sumber: Berita Harian Online, 12/7/2021.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: