Kelas Advokasi: Hak & Tanggungjawab Warga Digital

13 September 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak.Kelas bermula pada pukul 1200PM serta tamat pada pukul 0100PM.

Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada peserta selaku atau wakil warga digital mengenai tanggungjawab dan hak sebagai pengguna digital pada era moden ini. Ini kerana segala perkara khasnya perkara yang negatif boleh disalurkan melalui laman-laman sosial sehingga boleh menimbulkan kegugatan serta ancaman kepada negeri dan negara amnya.

Kelebihan kelas ini ialah agar peserta sedar betapa banyaknya perkara negatif yang boleh dilakukan secara maya. Peserta telah dimaklumkan juga mengenai contoh kisah benar yang boleh dijadikan sebagai pengajaran agar komuniti lain dan peserta itu sendiri tidak menjadi mangsa seterusnya dalam kes penipuan dalam talian khasnya yang melibatkan kewangan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali