Kelas Website Aplikasi Telegram Web

13 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak.Kelas bermula pada pukul 0900AM serta tamat pada pukul 1200PM.

Kelas ini bertujuan untuk membimbing peserta dalam urusan memindahkan dokumen dari aplikasi Telegram ke desktop. Peserta diajar untuk membuka Telegram di desktop menerusi “Telegram Web” terlebih dahulu sebelum memindahkan ke dalam desktop. Peserta kemudiannya diajar cara memuat turun dokumen dan menghantar dokumen tersebut melalui email. Peserta juga belajar cara membuat jadual dalam Ms Office Excel dan cara simpan file di desktop komputer.

Kelebihan kelas ini ialah agar peserta sedikit sebanyak mempunyai pengetahuan untuk memindahkan segala yang berkaitan dari Telegram ke dalam desktop serta dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali