Kelas Usahawan Aplikasi Canva (Poster)

12 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu dan hanya seorang (1) yang hadir ke aktiviti tersebut. Kelas ini bermula pada pukul 1000AM dan tamat pada pukul 1300PM bertempat di Pusat Internet Komuniti Pasir Pandak.

Tujuan kelas ini tertumpu kepada pengenalan asas kerana pelajar belum pernah mengunakan perisian Canva. Pelajar ini belajar membuat poster untuk perniagaan makanan beliau. Apa yang di belajar dalam kelas ini pelajar belajar cara pilih poster disukai, cara masukkan gambar dan tulisan serta warna yang dipilih.

Kelebihan kelas ini dapat memberi tunjuk ajar cara mengunakan perisian canva seperti mereka poster, logo, cover novel/buku, mereka kad sendiri dan cara menggunakan layout yang sedia ada dengan betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali