Kelas Usahawan Individu-Tatacara Mendaftar Sebagai “Merchant” di Aplikasi SarawakPay

15 September 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak.Kelas bermula pada pukul 0300PM serta tamat pada pukul 0500PM.

Kelas ini bertujuan untuk membimbing dan mengajar peserta dalam tatacara mendaftar sebagai “merchant” dalam aplikasi SarawakPay. Ini kerana beliau kini menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dan menyahut seruan kerajaan sebagai langkah pencegahan dalam penularan pandemik COVID-19 iaitu penerimaaan wang secara digital dan tidak melibatkan pembayaran secara fizikal serta bertemu secara bersemuka.

Kelebihan kelas ini ialah agar peserta sedikit sebanyak mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam mengaplikasikan penggunaan SarawakPay memandangkan dunia kini sedang beralih ke arah fasa perdagangan secara digital sepenuhnya. Aplikasi SarawakPay boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali