COVID-19: Singapura benarkan kanak-kanak 5 tahun divaksin

12 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Hebahan ini dilakukan melalui beberapa medium melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook page, akaun instagram dan laman Whatsapp group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas.

Penguasa Sains Kesihatan (HSA) meluaskan kebenaran vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty COVID-19 untuk kegunaan kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun, dengan inokulasi akan bermula sebelum akhir tahun ini.Vaksinasi akan diberikan sebagai siri utama dua dos, selang 21 hari, tetapi diberikan pada dos yang lebih rendah (10 mikrogram) daripada yang digunakan untuk individu berumur 12 tahun dan ke atas (30 mikrogram).

Ini adalah kali pertama vaksin COVID-19 dibenarkan di Singapura untuk digunakan dalam kumpulan umur lima hingga 11 tahun.HSA telah menjalankan penilaian menyeluruh terhadap data dengan berunding dengan dua kumpulan pakar daripada Jawatankuasa Penasihat Ubat HSA dan Panel Pakar Penyakit Berjangkit.Berdasarkan data semasa yang tersedia, faedah melebihi risiko untuk digunakan dalam populasi muda, dan vaksin itu memenuhi standard kualiti, keselamatan dan keberkesanan.

Kementerian Kesihatan (MOH) berkata, pasukan petugas pelbagai kementerian telah menerima saranan Jawatankuasa Pakar Vaksinasi COVID-19 untuk menggunakan dos pediatrik vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty COVID-19 untuk kanak-kanak berumur antara lima dan 11.Jawatankuasa itu juga menilai bahawa faedah suntikan melebihi risiko apabila digunakan dalam dos pediatrik untuk kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun, terutamanya memandangkan penularan komuniti yang berterusan dan kemunculan varian Omicron.Vaksinasi untuk kumpulan ini akan dimulakan sebelum akhir tahun 2021.

MOH akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (MOE) dan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) untuk melancarkan vaksinasi untuk kumpulan umur sekolah.Secara berasingan, Jawatankuasa Pakar berkata, adalah penting untuk memberi vaksin kepada kanak-kanak untuk mengurangkan risiko jangkitan dan mengelakkan mereka daripada mendapat serangan penyakit yang teruk.Insiden COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak telah meningkat seiring dengan kejadian kes komuniti.

Walaupun kanak-kanak mempunyai risiko penyakit teruk yang rendah, sesetengah daripada mereka yang dijangkiti COVID-19 telah mengalami penyakit yang mengancam nyawa dan komplikasi lewat yang teruk, seperti MIS-C (sindrom keradangan berbilang sistem pada kanak-kanak), dan memerlukan rawatan dalam unit rawatan rapi (ICU).

Kanak-kanak juga menghabiskan banyak masa dalam persekitaran komunal (seperti sekolah dan prasekolah), di mana walaupun usaha terbaik kami, penularan boleh merebak dengan cepat dalam kalangan kanak-kanak semasa mereka berinteraksi. Ini seterusnya meletakkan ahli keluarga dalam risiko, terutama ahli isi rumah warga emas.

Kesan sampingan biasa pada kanak-kanak yang menerima vaksin secara amnya adalah ringan hingga sederhanaKanak-kanak dalam kumpulan umur ini juga mempunyai lebih sedikit kesan sampingan sistemik berbanding orang yang berumur antara 16 dan 25 tahun.

Sumber: Berita Harian Online, 11/12/2021.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali