Kelas Website Individu:Tatacara Mendaftar Kad Keahlian Program Kesetiaan Royal Brunei Airlines (Royal Skies) dan Air Asia (Big)

13 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak.Kelas bermula pada pukul 200PM serta tamat pada pukul 500PM.

Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan serta peluang kepada peserta mengenai tatacara mendaftar sebagai ahli bagi program kesetiaan Royal Brunei Airlines iaitu Royal Skies dan Air Asia iaitu Big. Penyertaan adalah mudah,percuma dan sesuai untuk semua peringkat umur. Pendaftaran dilakukan melalui laman sesawang Royal Brunei Airlines dan Air Asia.

Kelebihan kelas ini ialah agar peserta mendapat mata ganjaran dengan cepat dan mudah apabila menggunakan perkhidmatan penerbangan tersebut pada masa akan datang setelah mendaftar menjadi ahli. Peserta dimaklumkan juga bahawa mata ganjaran dapat ditebus dengan tiket penerbangan secara percuma. Pelbagai kemudahan menarik juga dapat diperoleh dengan menjadi ahli kesetiaan program tersebut. Peserta juga dimaklumkan juga bahawa setelah pendaftaran dibuat di portal atau laman sesawang tersebut, peserta boleh menyemak kutipan mata ganjaran yang diperolehi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali