Kelas Microsoft Office PowerPoint Pendidikan Sivik: Trivia dan Kuiz Jenayah Siber-Punca dan Langkah Keselamatan
18 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat secara individu dan hanya seorang (1) sahaja yang menyertai kelas tersebut. Kelas ini diadakan secara atas talian sahaja dan bermula pada pukul 1000AM serta tamat pada pukul 1200PM.
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan info mengenai jenayah siber yang kian menjadi “virus” dalam komuniti ketika ini. Pelaku jenayah siber ini kebiasannya akan menyasarkan golongan yang berprofessional seperti guru, pensyarah dan sebagainya. Peserta diuji dengan soalan kuiz yang diberikan untuk mengenal pasti tahap kesedaran mengenai jenayah siber tersebut.
Kelebihan kelas ini ialah agar peserta dapat mencegah dengan lebih awal mengenai jenayah tersebut. Ini perlu agar kadar jenayah siber yang melibatkan golongan tersebut harus dikurangkan dengan segera atau kegiatan jenayah siber perlu dibendung sehabis mungkin.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: