Kelas Microsoft Office Word Pendidikan Bahasa Melayu: Jom Ketahui Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
17 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat secara individu dan hanya seorang (1) sahaja yang menyertai kelas tersebut. Kelas ini diadakan di Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak dan bermula pada pukul 300PM serta tamat pada pukul 330PM.
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan atau meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai penggunaan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas yang betul. Peserta didedahkan dengan diberi latihan untuk mengenal pasti sama ada perkataan yang diberikan itu ialah Kata Nama Am atau sebaliknya. Peserta juga diberi penerangan serta contoh ayat dengan menggunakan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas yang diberikan.
Kelebihan kelas ini ialah peserta boleh membuat persiapan awal apabila masuk ke sesi persekolahan pada tahun 2021 dan peserta ini merupakan pelajar yang bakal melangkah ke Darjah 5 pada tahun tersebut. Ini penting agar peserta telah bersedia sepenuhnya apabila guru di sekolahnya mengajar tajuk Kata Nama Am dan Kata Nama Khas yang menjadi topik penting dalam sukatan pelajaran Darjah 5 mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh yang demikian, dengan persiapan awal yang diberikan melalui kelas ini, tiada masalah bagi peserta tersebut untuk menghadapi situasi ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: