Kelas Website Aplikasi LHDN (Kemaskini Data Bantuan PRIHATIN Rakyat 2021)
16 September 2021 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat secara individu dan hanya seorang (1) yang hadir ke aktiviti tersebut. Kelas ini bermula pada pukul 0900AM dan tamat pada pukul 1200PM bertempat di Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak.
Kelas ini bertujuan untuk membimbing peserta dalam urusan mengemaskini maklumat peribadi secara atas talian. Segala permohonan dibuat menerusi laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Peserta dibimbing serta dibantu bagaimana menukar kata nama laluan dan melihat status kelulusan BPR peserta.
Kelebihan kelas ini ialah agar peserta sedikit sebanyak mempunyai pengetahuan untuk mengisi data secara atas talian. Ia adalah sangat mudah, mesra pengguna dan menjimatkan masa lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan pandemik COVID19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: