Hebahan KPM Program DidikTV bantu pelaksanaan PdPR
18 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniHebahan ini dilakukan melalui beberapa medium melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook page, akaun instagram dan laman Whatsapp group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas.
Program TV Pendidikan secara terestrial hasil insiatif kerajaan akan membantu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), khususnya bagi murid yang tidak mempunyai akses kepada pendidikan secara dalam talian. Jelas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia usaha beterusan kpm dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua murid di seluruh Negara. KPM menyediakan slot program TV Pendidikan secara terestrial yang disiarkan di TV Okey RTM, Tutor TV Astro dan DidikTV@NTV7," katanya semasa pelancaran saluran TV pendidikan KPM, DidikTV pada Rabu (17 Februari 2021).
Saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedikit sebanyak membantu menyelesaikan beban dan permasalahan dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Ia dapat mengatasi isu kekangan peralatan peranti elektronik dan capaian Internet yang dihadapi pelajar terutama di luar bandar.
Dengan adanya DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pendidikan yang berkualiti dan bermutu tinggi dapat dicapai oleh semua rakyat negara ini, tanpa berlakunya keciciran terutama mereka yang tinggal di luar bandar dan pedalaman.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: