Kelas Website Aplikasi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM Pendaftaran Perniagaan Melalui ezbiz)

16 September 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu dan hanya seorang (1) yang hadir ke aktiviti tersebut. Kelas ini bermula pada pukul 1400PM dan tamat pada pukul 1700PM bertempat di Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak.

Kelas ini bertujuan untuk membimbing peserta dalam urusan mengemaskini maklumat peribadi secara atas talian. Peserta diajar cara membuat pendaftaran baru, masukkan maklumat yang diperlukan, isikan kata nama dan kata laluan serta kod verifikasi. Peserta juga diajar cara mengisi Borang A (daftar untuk perniagaan baru). Setelah selesai melengkapkan permohonan dengan maklumat yang diperlukan, bayaran boleh dilakukan secara online atau di kaunter.

Kelebihan kelas ini ialah agar peserta sedikit sebanyak mempunyai pengetahuan untuk mengisi data secara atas talian. Ia adalah sangat mudah, mesra pengguna dan menjimatkan masa lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan pandemik COVID19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali