Kelas Website Memohon Nikah Secara Atas Talian Melalui Medium Khidmat Islam Sarawak (KISWA)

20 November 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak.Kelas bermula pada pukul 0900AM serta tamat pada pukul 1100AM.

Kelas ini bertujuan untuk membimbing peserta dalam urusan permohonan nikah secara atas talian. Segala permohonan dibuat menerusi laman sesawang Khidmat Islam Sarawak (KISWA) di mana ia dibawah seliaan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS). Peserta dibimbing serta dibantu dari awal permohonan sehinggalah ke akhir permohonan.

Kelebihan kelas ini ialah agar peserta sedikit sebanyak mempunyai pengetahuan untuk mengisi permohonan nikah secara atas talian. Peserta juga boleh melakukan sebarang urusan selain nikah melalui laman sesawang yang digunakan.Ia adalah sangat mudah, mesra pengguna dan menjimatkan masa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali