Kelas Individu Microsoft Office Word: Menaip dan Membuat Jadual

16 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu yang hanya melibatkan seorang (1) peserta yang menyertai kelas tersebut. Kelas ini dilakukan di Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak dan bermula pada pukul 1000AM serta tamat pada pukul 0100PM.

Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta ilmu pengetahuan mengenai penggunaan asas Microsoft Office Word dalam membuat jadual dan menaip untuk kegunaan masa akan datang seperti menyediakan minit mesyuarat, surat rasmi dan sebagainya. Selain itu, peserta juga diselitkan juga dengan pengetahuan asas ICT.

Kelebihan kelas ini ialah agar tidak memberi masalah kepada peserta dalam penyediaan dokumen. Ini penting kerana semua dalam penyediaan apa jua dokumen memerlukan applikasi Microsoft Office seiring dengan peredaran zaman tanpa mengira usia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali