Kelas Advokasi Individu Secara Maya: Tips Jimat Elektrik
19 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat secara individu yang hanya melibatkan seorang (1) peserta sahaja. Kelas ini dilakukan secara atas talian dan bermula pada pukul 1000AM serta tamat pada pukul 1200PM.
Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan dan memberi pengetahuan kepada peserta mengenai tatacara menjimatkan penggunaan tenaga elektrik lebih-lebih lagi pada musim perayaan yang memerlukan penggunaan tenaga elektrik yang banyak dan ini boleh dilihat dengan merujuk kadar bayaran penggunaan tenaga elektrik yang tertera dalam bil eletrik.
Kelebihan kelas ini ialah agar peserta boleh mengambil langkah bijak dan mendapat pengetahuan atau info mengenai tips yang diberikan. Ini sekaligus dan secara langsungnya peserta dapat menyimpan wang untuk keperluan yang lain. Rata-rata sebahagian besar daripada pendapatan bulanan dibelanjakan ke atas bil elektrik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: