Kelas Usahawan Individu Secara Maya: Petua Pengurusan Kewangan Perniagaan Kecil Dengan Mudah
18 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat secara individu yang hanya melibatkan seorang (1) peserta sahaja. Kelas ini dilakukan secara atas talian dan bermula pada pukul 1000AM serta tamat pada pukul 100PM
Kelas ini bertujuan untuk membantu dan membimbing peserta atau bakal usahawan dalam menguruskan kewangan dalam sesuatu perniagaan yang dijalankan pada masa akan datang. Ini sangat penting dan merupakan perkara asas dalam sesuatu perniagaan kerana ia dapat menentukan sama ada perniagaan itu dapat diteruskan atau di sebaliknya. Setiap usahawan atau peniaga memerlukan kemahiran asas dalam pengurusan kewangann tanpa mengira saiz perniagaan atau perusahaan tersebut.
Kelebihan kelas ini ialah agar peserta atau bakal usahawan mempunyai pengetahuan dalam erti pengurusan kewangan ini dengan bijak dan betul. Dengan adanya pengetahuan tersebut, peserta atau bakal usahawan boleh menilai setiap transaksi keluar masuk aliran tunai yang dilakukan. Ini menentukan sama ada sesuatu perniagaan atau perusahaan itu memperoleh keuntungan atau di sebaliknya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: