Kelas Advokasi Individu Secara Maya: Apakah Yang Anda Tahu Mengenai Gizi Seimbang?
18 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat secara individu yang melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan secara atas talian dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong dan bermula pada pukul 1000AM serta tamat pada pukul 1100AM.
Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan dan memberi pengetahuan kepada peserta mengenai kadar pengambilan makanan seimbang yang sebetulnya seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Peserta turut diberi penerangan khusus mengenai sukatan sajian yang perlu ambil.
Kelebihan kelas ini ialah agar peserta tahu dan sedar mengenai kadar pengambilan makanan seimbang seperti yang disarankan oleh KKM. Ini penting agar tidak memudaratkan kesihatan kepada peserta sendiri dalam jangka masa panjang. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: