Kelas Website-Tatacara Mendaftar Akaun dan Memohon Jawatan Kosong Di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

20 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Ekonomi Digital Kg Pasir Pandak.Kelas bermula pada pukul 1000AM serta tamat pada pukul 100PM.

Kelas ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan pengetahuan kepada peserta mengenai tatacara mendaftar akaun dan memohon jawatan kosong yang diiklankan di portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Peserta juga diberi taklimat ringkas mengenai tujuan dan objektif utama portal tersebut dilaksanakan.

Kelebihan kelas ini ialah peserta mendapat pengetahuan dan mempunyai kemahiran dalam mengisi mana-mana kekosongan jawatan yang diiklankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan. Peserta juga boleh mengakses portal tersebut pada bila-bila masa tanpa had masa yang ditetapkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali