Kelas Usahawan Shoppe
19 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat secara inidividu yang hanya melibatkan seorang (1) yang menyertai kelas tersebut. Kelas ini dilakukan atas talian sahaja dan bermula pada pukul 900AM dan tamat pada pukul 100PM.
Kelas ini bertujuan untuk membimbing kepada bakal usahawan/peserta untuk menjana pendapatan yang lebih besar menerusi medium Shoppe. Selain itu, dengan menggunakan Shoppe, ia juga membantu mengurangkan atau menjimatkan kos operasi seperti penyewaan kedai. Para usahawan yang sedia ada atau bakal usahawan diajar dari awal sehingga selesai pendaftaran untuk medium beli belah online Shoppe.
Kelebihan kelas ini ialah bakal usahawan/peserta menjadi lebih bijak untuk menjana pendapatan yang lebih baik dengan menggunakan platform Shoppe sebagai wardah untuk penjualan produk-produk mereka. Ini juga selari dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan usahawan-usahawan beralih kepada perniagaan secara digital seiring dengan peredaran semasa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: