Kelas ICT Gmail (Muat Turun Video)

20 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu dan hanya seorang (1) yang hadir ke aktiviti tersebut. Kelas ini bermula pada pukul 0900AM dan tamat pada pukul 1100AM bertempat di Pusat Internet Komuniti Pasir Pandak.

Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar cara memuat turun video dalam akaun Gmail. Pelajar juga belajar cara simpan video yang telah dimuat naik ke dalam Google Drive.

Menurut pelajar, beliau berasa amat bertuah kerana dapat mempraktikkan penggunaan emel pada masa akan datang bagi mempercepat segala urusan rasmi mahupun tak rasmi dalam masa yang amat singkat. Ini akan memudahkan lagi kerjanya dan dapat melakukannya dengan sendiri tanpa bantuan daripada orang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali