Kelas Pendidikan Pengetahuan Am Secara Maya Sempena Hari Kemerdekaan: Kenali Wilayah Persekutuan Labuan
8 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat melibatkan dua (2) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan secara atas talian dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Dahlia, Pusat Internet Komuniti Kg Tebelu dan Pusat Internet Komuniti Bawang Assan. Kelas bermula pada pukul 200PM serta tamat pada pukul 500PM.
Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan dan memberi pengetahuan kepada peserta mengenai salah sebuah tempat pelancongan menarik di Malaysia iaitu Wilayah Persekutuan Labuan. Labuan merupakan pulau yang terpisah dari negeri Sabah dan diberi gelaran “Pearl of Borneo” serta mempunyai tempat-tempat menarik boleh dilawati sepanjang berada di sana.
Kelebihan kelas ini ialah agar peserta sedikit sebanyak mempunyai pengetahuan mengenai Wilayah Persekutuan Labuan. Peserta juga didedahkan dengan tayangan video mengenai Wilayah Persekutuan Labuan serta mempelajari Bahasa Melayu Kedayan Brunei. Labuan juga terkenal dengan Pulau Bebas Cukai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: