Kelas Laman Web Individu Tatacara Permohonan Baharu Bantuan Prihatin Rakyat 2021

20 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu yang hanya melibatkan seorang (1) peserta yang menyertai kelas tersebut. Kelas ini dilakukan di Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak dan bermula pada pukul 300PM serta tamat pada pukul 500PM.

Kelas ini bertujuan untuk membimbing peserta yang pertama kali memohon Bantuan Prihatin Rakyat 2021. Peserta turut diberi penerangan lebih lanjut mengenai info Bantuan Prihatin Rakyat 2021. Peserta turut dibantu oleh staf Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak untuk mengisi segala data yang diperlukan oleh sistem. Tempoh masa Permohonan Baharu Bantuan Prihatin Rakyat 2021 telah dilanjutkan sehingga 25 Februari 2021 dan peserta mengambil peluang untuk mencuba memohon bantuan tersebut.

Kelebihan kelas ini ialah agar tidak memberi masalah kepada peserta dari segi pengisian data yang diperlukan dengan adanya bantuan daripada staf Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak. Ini penting kerana jika terdapat kesilapan dalam mengisi data penting yang diperlukan, ia akan memberi masalah kepada peserta yang juga merupakan pemohon baharu yang boleh menjejaskan tempoh masa bantuan yang akan disampaikan kepadanya. Peserta juga dibantu dalam menyemak segala data yang telah diisi agar semuanya adalah betul terutamanya nama penuh, nombor telefon dan no kad pengenalan pemohon tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali