Kelas Individu Pendidikan Matematik Tingkatan 2

17 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu yang hanya melibatkan seorang (1) peserta yang menyertai kelas tersebut. Kelas ini dilakukan di Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak dan bermula pada pukul 200PM serta tamat pada pukul 500PM.

Kelas ini bertujuan untuk membantu pelajar atau peserta untuk memahami dengan lebih mendalam secara bersemuka. Ini kerana pelajar mengalami kesukaran untuk belajar secara atas talian terutamanya melibatkan pengiraan. Dengan adanya kepakaran daripada tenaga pengajar yang merupakan staf Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak, ia dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar itu sendiri.

Kelebihan kelas ini ialah agar tidak memberi masalah kepada peserta atau pelajar itu sendiri pada masa akan datang. Ini kerana mata pelajaran Matematik memerlukan tenaga pengajar untuk membantu dari segi cara penyelesaian masalah secara bersemuka. Tenaga pengajar dapat menerangkan dengan lebih mendalam dengan bantuan papan putih yang disediakan. Cara seperti ini sekali gus dapat membantu pelajar dalam memahami topik yang diajar di sekolah meskipun melalui atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali