Kelas Usahawan Media Sosial (Facebook)

22 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu dan hanya seorang (1) sahaja yang menyertai kelas tersebut. Kelas ini bermula pada pukul 0900AM serta tamat pada pukul 1200PM.

Kelas ini bertujuan membantu usahawan dalam meningkatkan pengetahuan tentang cara untuk mempromosikan produk perniagaan dalam facebook. Pelajar belajar cara membuat ayat, cara masukkan gambar dan cara membuat album dan meletak nama dekat koleksi gambar. Dalam facebook mereka juga belajar membuat facebook page dan booster untuk menarik ramai pelanggan melihat koleksi jualan mereka. Pelajar juga belajar cara daftar Gmail.

Kelebihan kelas ini diadakan adalah untuk memberi ilmu tentang keusahawanan dan online marketing kepada pelajar dan sekaligus dapat menggunakan ilmu yang mereka perolehi dalam perniagaan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali