Kelas Microsoft Office Word: Tatacara Membuat Surat Perjanjian Jual Beli Yang Ringkas
21 April 2021 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat secara individu yang hanya melibatkan seorang (1) peserta yang menyertai kelas tersebut. Kelas ini dilakukan di Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak dan bermula pada pukul 1100AM serta tamat pada pukul 100PM.
Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan dan memberi pengetahuan kepada peserta mengenai penting dan perlunya surat perjanjian jual beli sebagai bukti transaksi yang melibatkan kewangan.Ini kerana banyak kes penipuan berlaku tanpa ada bukti seperti dokumen yang dinyatakan.Peserta juga diberi penerangan mengenai tatacara menyediakan surat perjanjian jual beli dengan format yang ringkas serta memberi bimbingan cara menaip dengan menggunakan font, saiz dan “spacing” yang bersesuaian.
Kelebihan kelas ini ialah agar peserta memperoleh ilmu pengetahuan mengenai penting dan perlunya penyediaan surat perjanjian jual beli tersebut. Ia juga memberi manfaat kepada peserta agar beliau boleh menyediakan sendiri surat atau dokumen perjanjian jual beli pada masa akan datang jika keadaan memerlukan. Ini dapat mengelakkan daripada segala penipuan khasnya melibatkan transaski kewangan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: