Kelas Pendidikan Individu: Matematik Tingkatan 1 (Bab 3: Kuasa Dua, Punca Kuasa Dua, Kuasa Tiga, Punca Kuasa Tiga)

23 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu yang hanya melibatkan seorang (1) peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak dan bermula pada pukul 1000AM serta tamat pada pukul 100PM.

Kelas ini bertujuan untuk membimbing dan membantu sekaligus memberi kesegaran minda kepada pelajar atau peserta mengenai topik-topik sebelumnya memandangkan sesi pembelajaran kini dilakukan di atas talian sahaja bagi mengelakkan penularan pandemik COVID19 berlaku dalam kalangan pelajar sekolah. Antara bab yang diajar untuk pelajar ini ialah bab 3. Pelajar/peserta terlebih dahulu diajar mengenai bab tersebut sebelum latihan diberikan kepadanya.

Kelebihan kelas ini ialah agar peserta boleh mempraktikkan bukan sahaja dalam bidang akademik sahaja malahan juga dalam kehidupan seharian. Ini juga sekaligus dapat menyegarkan sentiasa dalam minda pelajar itu sendiri dengan memberikan latihan yang secukupnya kepada pelajar itu

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali