Lawatan Kerja Pengerusi SKMM ke Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak

23 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada hari Jumaat yang lalu (22/10/2021), program lawatan kerja telah diadakan di Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak. Lawatan kerja ini dilakukan dan dihadiri oleh Yang Berusaha Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Lawatan kerja tersebut berjalan selama satu (1) jam iaitu dari jam 11.30 pagi-12.30 tengah hari.

Lawatan kerja dimulakan dengan taklimat dan sesi perkenalan bersama Ikon Usahawan Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak iaitu Puan Haszian Junaidi, pengasas Mom’s Recipe Laksa Sarawak Paste dan Encik Mohd Zakaria bin Jamsari, pengasas Que’s Mushroom. Selepas taklimat diadakan, sesi seterusnya ialah taklimat mengenai sejarah penubuhan serta aktiviti terkini yang telah dijalankan oleh Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak. Sesi terakhir yang turut dimuatkan dalam lawatan kerja ialah taklimat yang berkaitan dengan program komuniti Maxis iaitu program usahawan dan pendidikan. Taklimat tersebut disampaikan oleh Encik Herman Mizar Azmi, Pakar Perhubungan Korporat (Corporate Affairs Specialist) Maxis.

Lawatan kerja berakhir dengan sesi penyerahan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan daripada warga kerja Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak dan Ikon Usahawan Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali