Program Advokasi KafeTeen@PIK Siri 1
28 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniProgram advokasi ini dibuat melibatkan seramai sembilan belas (19) orang peserta. Program tersebut ini dilakukan secara atas talian sahaja.Program bermula pada pukul 900AM serta tamat pada pukul 1100AM. Program ini dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak. Program tersebut turut dihadiri oleh warga kerja Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak bagi bersama-sama menyokong dan memeriahkan program advokasi yang dianjurkan oleh LPPKN. Program tersebut terbuka kepada golongan remaja atau belia yang berusia antara 13-24 tahun.
Program ini mempunyai 4 siri berturut-turut. Siri pertama (1) berfokuskan dan memberi kesedaran kepada golongan remaja atau belia khasnya mengenai seksualiti. Ramai dalam kalangan remaja atau belia yang kurang memahami dan faham mengenai maksud sebenar seksualiti. Oleh yang demikian, bagi menjelaskan perkara sebenar definisi seksualiti, Encik Andressen Wan Schmit Ak Yein@Ian selaku Teen Educator Kafeteen Sri Aman telah diberi ruang untuk melakukan perkara sedemikian.
Kelebihan program ini ialah agar peserta sedar dan faham bahawa definisi dan konsep seksualiti ini bukan hanya berpaksikan kepada seks semata-mata. Ia sebenarnya sangat umum dan seks hanyalah merupakan subset kepada seksualiti. Program advokasi berakhir dengan sesi gambar kenang-kenangan bersama peserta-peserta yang terlibat secara langsung dalam program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: