Kelas Advokasi Individu-Online Grooming

2 November 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak.Kelas bermula pada pukul 200PM serta tamat pada pukul 300PM.

Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada peserta mengenai situasi terkini yang berlaku dalam kalangan belia secara umumnya dan dalam kalangan remaja khasnya iaitu berkaitan dengan jenayah serta gangguan seksual. Ia dapat dikesan melalui pelbagai apikasi media sosial seperti Whatsapp, Wechat, Instagram dan Facebook. Ia penting untuk mendedahkan situasi ini kerana ia semakin membimbangkan dalam kalangan kedua-dua ibu bapa.

Kelebihan kelas ini ialah agar peserta dapat mengambil langkah segera bagi mengelakkan perkara lebih buruk dan parah berlaku khasnya kaum wanita. Peserta dimaklumkan juga bahawa sekiranya terdapat perbualan yang menjurus ke arah yang berbaur lucah, diharuskan dengan segera untuk menamatkan perbualan dengan rakan perbualan media sosial demi keselamatan peserta itu sendiri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali