Kelas Pendidikan Individu Bahasa Inggeris: Know The Places
4 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat secara individu yang hanya melibatkan seorang (1) peserta yang menyertai kelas tersebut. Kelas ini dilakukan di Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak dan bermula pada pukul 200PM serta tamat pada pukul 400PM.
Kelas ini bertujuan untuk membantu dan membimbing peserta mengenali sesuatu perkataan secara mudah dan asas dalam Bahasa Inggeris. Kelas yang diadakan pada kali ini ialah mengajar peserta tersebut untuk mengenali sesuatu tempat. Ini kerana ada peserta yang tidak tahu atau mengenali sesuatu perkataan iaitu tempat dalam Bahasa Inggeris. Peserta juga diberi latihan dan diuji dengan menterjemah sesuatu perkataan yang bertemakan tempat dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris. Peserta juga secara tidak langsung diajar serta dibimbing dengan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
Kelebihan kelas ini ialah agar peserta boleh memahami dan mengenali perkataan tersebut dalam Bahasa Inggeris kini dan selamanya. Ini penting untuk kebaikan diri sendiri peserta itu. Dengan ilmu yang diberikan dapat sedikit sebanyak membantunya dalam berkomunikasi dengan orang lain khasnya pelancong asing. Bukan itu sahaja, Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa paling utama di dunia dalam berkomunikasi dengan orang yang datang dari pelbagai negara untuk memudahkan dan difahami oleh semua pihak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: