Kelas Website Individu: Penggunaan Aplikasi I Love PDF

5 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak.Kelas bermula pada pukul 1100AM serta tamat pada pukul 1200PM.

Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada peserta mengenai penggunaan aplikasi I Love PDF. Aplikasi tersebut mempunyai pelbagai fungsi dan kegunaan serta mesra pengguna. Dalam kelas ini, peserta diajar dan dibimbing untuk menukarkan dokumen dari bentuk format PDF kepada Microsoft Word. Ini kerana peserta memaklumkan bahawa beliau memerlukan segala pengeditan dalam dokumen tersebut.

Kelebihan kelas ini ialah agar peserta dapat menggunakan aplikasi tersebut pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja mengikut kesesuaian masa beliau. Oleh yang demikian, peserta tidak perlu berasa gusar jika ingin melakukan segala pengeditan pada dokumen pada saat yang genting. Peserta juga dimaklumkan juga bahawa banyak kebaikan yang diperoleh dengan menggunakan aplikasi I Love PDF.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali