KKM Kenal Pasti 30 Lagi Varian COVID-19

4 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengenal pasti 30 lagi varian membimbangkan (VOC) dan satu varian mempunyai kepentingan (VOI). Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pengesanan itu melalui survelan genomik yang dijalankan ke atas 59 sampel COVID-19 dari 24 April hingga hari ini.

Beliau berkata, ia merangkumi 27 kes baharu tempatan COVID-19 dijangkiti varian Afrika Selatan B.1.351, manakala tiga kes baharu tempatan dijangkiti varian United Kingdom, UK B.117 dan satu kes import baharu dijangkiti varian Indian B.1.617.1

Katanya, Malaysia merekodkan kes pertama kemasukan varian COVID-19 dari India dengan mutasi berganda iaitu Indian B.1.617.1, membabitkan kes mempunyai sejarah perjalanan ke Mumbai.

Mengenai varian Afrika Selatan B.1.351, Dr Noor Hisham berkata, ia pertama kali dikesan di Perak dan Kelantan membabitkan dua kluster, selain terdapat tujuh kes lain dikesan di Selangor.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan juga bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) melalui IMR dan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) akan sentiasa memantau perkembangan mutasi varian SARS-CoV-2 dan akan memaklumkan dari semasa ke semasa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali