Kelas Advokasi Individu Secara Maya: Tips Jimat Penggunaan Air

5 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu yang hanya melibatkan seorang (1) peserta sahaja. Kelas ini dilakukan secara atas talian dan bermula pada pukul 1000AM serta tamat pada pukul 1100AM.

Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan dan memberi pengetahuan kepada peserta mengenai tatacara menjimatkan penggunaan air lebih-lebih lagi pada musim panas atau kemarau yang sedang melanda di negara ini. Ini penting kerana air merupakan sumber asas yang paling utama dalam kehidupan seharian. Aktiviti/kelas ini perlu juga diadakan kerana ada segelintir komuniti yang memandang enteng mengenai perkara ini.

Kelebihan kelas ini ialah agar peserta boleh mengambil langkah bijak dan mendapat pengetahuan atau info mengenai tips yang diberikan. Ini sekaligus dan secara langsungnya peserta sedar betapa pentingnya air semasa krisis air yang pernah atau kerapkali berlaku dalam negara ini ketika musim kemarau atau panas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali