Sarawak ketatkan SOP memasuki Fasa 3 PPN
4 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniHebahan ini dilakukan melalui beberapa medium melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook page, akaun instagram dan laman Whatsapp group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak akan memutuskan dan mengubah jadual dirancang untuk mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19 terutama membabitkan varian Delta.Ini susulan peralihan Sarawak ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Rabu ini.
Penasihat JPBN Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, berkata pertimbangan perlu dibuat dengan mengambil kira isu baharu COVID-19 yang membimbangkan.Kui Hian yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, rakyat Sarawak bangga dengan pengiktirafan Majlis Keselamatan Negara (MKN) ke atas negeri itu yang memenuhi nilai ambang PPN untuk beralih ke Fasa 3 PPN.
Beliau berkata, ia hasil usaha Sarawak yang bersatu padu memerangi COVID-19 menerusi kadar tinggi vaksinasi dos satu dan dua serta penurunan drastik pesakit kategori 3, 4 dan 5 COVID-19 di hospital. Bagaimanapun, katanya, rakyat Sarawak perlu terus berhati-hati dengan mematuhi SOP dan mengamalkan keselamatan diri bagi mengelak penularan COVID-19 terutama penularan varian Delta ketika ini.
Sementara itu, Kui Hian berkata, Sarawak tidak akan mengikuti amalan 'Greater KL' dalam fasa mitigasi, yang mana ujian reaksi rantaian polimerase (PCR) hanya dibuat ke atas mereka yang mempunyai simptom.
Sumber: Berita Harian Online, 3/8/2021.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: