Kelas Website Individu: Tatacara Mendaftar Portal Sarawak ID
6 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniKelas ini dibuat melibatkan satu (1) orang peserta sahaja. Kelas ini dilakukan di Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak.Kelas bermula pada pukul 200PM serta tamat pada pukul 500PM.
Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada peserta mengenai tatacara mendaftar portal Sarawak ID yang memberi perkhidmatan terus kerajaan kepada komuniti secara digital selaras misi kerajaan persekutuan dan negeri beralih kepada perkhidmatan secara digital secara berperingkat. Pelbagai perkhidmatan yang disediakan di dalam portal tersebut. Peserta turut diberi taklimat dan penerangan mengenai tatacara menggunakan portal tersebut.
Kelebihan kelas ini ialah agar peserta dapat berurusan di atas portal yang disediakan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Segala urusan pembayaran bil utiliti, permohonan jawatan kosong dalam sektor awam dan yang berkaitan dengan agensi kerajaan dilakukan dalam satu portal sahaja dan ia mesra pengguna.
Sumber: Berita Harian Online, 7/10/2021.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: