Kelas ICT Individu Secara Maya: Asas Pengenalan Komputer

6 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu yang hanya melibatkan seorang (1) peserta sahaja. Kelas ini dilakukan secara atas talian dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti Kg Tebelu dan bermula pada pukul 200PM serta tamat pada pukul 400PM.

Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan dan memberi pengetahuan kepada peserta mengenai asas-asas komputer yang merupakan instrumen penting kepada kehidupan pada zaman moden ini.Peserta diberi penerangan yang mendalam mengenai setiap komponen yang ada serta fungsinya.

Kelebihan kelas ini ialah agar peserta memahami setiap fungsi yang terdapat pada komputer dan mahir menggunakannya pada masa akan datang lebih-lebih lagi yang melibatkan tugasan yang memerlukan kepakaran atau kemahiran berkaitan dengan komputer atau ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali