SPM 2021 Diadakan Tahun Depan(Tahun 2022)

7 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Hebahan ini dilakukan melalui beberapa medium melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook page, akaun instagram dan laman Whatsapp group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas.

Kementerian Pendidikan mengumumkan semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan menduduki peperiksaan itu pada tahun depan iaitu tahun 2022.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin, berkata ujian lisan dan amali Sains akan dilaksanakan pada Februari 2022, manakala peperiksaan bertulis akan bermula Mac 2022.

Beliau berkata demikian semasa sidang media pada pagi tadi bahawa kementerian membuat keputusan ini selepas mengambil kira keadaan semasa dan cabaran perlu dilalui calon SPM 2021. Beliau berkata, dalam sejarah pendidikan negara, belum wujud garis panduan untuk melaksanakan peperiksaan awam seperti SPM dalam tempoh pandemik.

Beliau ujar lagi bahawa Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) juga menggubal prosedur operasi standard (SOP) yang cukup lengkap, antaranya meningkatkan jarak antara meja kepada 1.5 meter berbanding 0.8 meter sebelum itu.

Dr Radzi berkata lagi bahawa jumlah petugas turut ditingkatkan melebihi 48,000 orang di seluruh negara untuk memastikan SPM 2020 dapat dilaksana dengan lancar.

Beliau juga memaklumkan bahawa buat kali pertama juga proses semakan kertas jawapan SPM 2020 dibuat secara dalam talian dan ia bukan mudah kerana sebanyak lima juta kertas jawapan perlu diimbas untuk tujuan itu. Walaupun SPM 2020 dibuat dalam dua sesi untuk memenuhi keperluan calon yang terpaksa dikuarantin, keputusannya dikeluarkan lebih awal berbanding tahun sebelumnya.

Sumber: Berita Harian Online, 6/6/2021.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali