Kelas ICT Daftar Gmail Secara Atas Talian Aplikasi Zoom

7 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom dan hanya melibatkan seorang (1) peserta yang menyertai kelas tersebut. Kelas ini bermula pada pukul 0900AM serta tamat pada pukul 1100AM.

Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar cara buat akaun baru dan mendaftar di Gmail. Selain itu, pengguna juga diajar untuk menghantar lampiran dalam bentuk PDF.

Menurut pelajar, beliau berasa amat bertuah kerana dapat mempraktikkan penggunaan emel pada masa akan datang bagi mempercepat segala urusan rasmi mahupun tak rasmi dalam masa yang amat singkat. Ini akan memudahkan lagi kerjanya dan dapat melakukannya dengan sendiri tanpa bantuan daripada orang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali