Hebahan 18,600 pelajar IPT Dikecualikan Bayaran Ujian Pengesanan
6 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniHebahan ini dilakukan melalui beberapa medium melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook page, akaun instagram dan laman Whatsapp group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas.
Sejumlah 18,600 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dari Sabah, Sarawak, Labuan dan Semenanjung yang tergolong dalam tiga kategori ditetapkan, dikecualikan daripada dikenakan fi atau bayaran ujian pengesanan COVID-19.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata mereka adalah pelajar yang akan memulakan sesi pembelajaran fizikal dari Sarawak, Labuan dan Semenanjung ke Sabah; pelajar dari Sabah ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan; serta pelajar dari Semenanjung dan Labuan ke Sarawak.
Katanya, pengecualian fi itu adalah untuk melakukan ujian berkenaan di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) dengan membabitkan kos anggaran RM2.79 juta.
Sumber: Berita Harian Online, 5/3/2021.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: