Kelas Asas ICT Individu: Cara Memasang Dan Menyambung Mesin Pencetak Ke Komputer Riba

3 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu yang hanya melibatkan seorang (1) peserta yang menyertai kelas tersebut. Kelas ini dilakukan di Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak dan bermula pada pukul 300PM serta tamat pada pukul 500PM.

Kelas ini bertujuan untuk membimbing peserta yang pertama kali memasang sendiri mesin pencetak baharu yang dibeli untuk kegunaan peribadi serta cara menyambung ke komputer riba miliknya. Selain itu, peserta juga diberi penerangan ringkas dan diajar untuk memasukkan dakwat baharu ke dalam mesin pencetak tersebut.

Kelebihan kelas ini ialah agar tidak memberi masalah kepada peserta dalam mencetak segala dokumen yang diperlukan pada bila-bila masa yang bersesuaian baginya. Peserta juga dialu-alukan untuk datang ke Pusat Internet Komuniti Kg Pasir Pandak pada bila-bila masa jika mempunyai kesulitan yang berkaitan dengan mesin pencetak tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali