MOTAC sedia terima pelancong antarabangsa
8 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniHebahan ini dilakukan melalui beberapa medium melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook page, akaun instagram dan laman Whatsapp group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang membuat persediaan menerima semula ketibaan pelancong luar termasuk dari Asia Barat dalam suasana persekitaran selamat daripada COVID-19.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata MOTAC komited meningkatkan kemudahsampaian pelancong ke negara ini sebaik pembukaan semula pintu sempadan antarabangsa.
Beliau berkata pelancong dari Asia Barat mendominasi lima kedudukan tertinggi dari segi perbelanjaan per kapita, selain mencatatkan purata tempoh penginapan lebih panjang di negara ini berbanding pelancong dari pasaran lain.
Kenyataan itu susulan pertemuan Nancy bersama wakil pengurusan dan agensi jualan empat syarikat penerbangan antarabangsa di Asia Barat dalam usaha menjalinkan kerjasama mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan.
Empat syarikat itu ialah Qatar Airways, Saudi Arabian Airlines, Air Arabia dan Emirates Airlines.
Sementara itu, antara perkara dibincangkan pada pertemuan itu adalah strategi dan perancangan mempromosi Malaysia bagi menarik pelancong antarabangsa dari pasaran lain seperti Eropah, Amerika dan Afrika melalui jaringan rangkaian syarikat penerbangan masing-masing.
Sumber: Berita Harian Online, 7/10/2021
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: