50,501 orang dapat kerja melalui MySTEP

8 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Hebahan ini dilakukan melalui beberapa medium melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook page, akaun instagram dan laman Whatsapp group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas.

Inisiatif MySTEP yang diumumkan oleh kerajaan dalam Belanjawan 2021 berjaya mencapai sasaran keseluruhan sebanyak 50,000 peluang pekerjaan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata sehingga 10 September lalu, seramai 50,501 orang berjaya mendapat pekerjaan melalui program itu.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 36,463 orang pekerja ditempatkan di sektor awam sementara 14,038 orang pekerja ditempatkan di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat strategik berkaitan.

Belliau mengulas bahawa sejak MySTEP mula dilaksanakan pada Januari 2021, jumlah pekerjaan yang disediakan sentiasa mengatasi sasaran bulanan.

Tengku Zafrul berkata, di bawah program itu, permohonan ditempatkan di pelbagai kementerian dan agensi seperti Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Pengajian Tinggi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia.

Beliau berkata, pemohon untuk GLC pula ditempatkan dalam organisasi seperti PETRONAS, Permodalan Nasional Bhd (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional.

Beliau berkata lagi bahawa bagi mereka yang ingin menyertai program MySTEP GLC, sila layari laman sesawang syarikat yang terbabit dengan program ini.

MySTEP adalah inisiatif kerajaan bernilai RM700 juta yang memberikan 50,000 peluang pekerjaan jangka pendek di pelbagai kementerian dan agensi kerajaan serta GLC secara kontrak.

Sebanyak 35,000 peluang pekerjaan disediakan di sektor awam, manakala 15,000 peluang pekerjaan turut disediakan di GLC dan rakan strategik mereka.

Sumber: Berita Harian Online, 7/10/2021.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali