Hebahan Kesedaran Simptom Rabies pada Anjing
8 Mei 2021 | Aktiviti TerkiniKHebahan ini dilakukan melalui beberapa medium melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook page, akaun instagram dan laman Whatsapp group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas.
Objektif kempen ini adalah untuk mempromosikan hebahan kesedaran berkaitan penyakit yang sedang melanda Malaysia khususnya, Sarawak amnya.
Mesej utama adalah untuk mendidik masyarakat untuk waspada pada perubahan anjing peliharaan mereka dengan memberikan sedikit perkongsian berkaitan virus rabies ini. Selain itu, komuniti juga turut dapat melakukan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan daripada penyakit rabies.
- Cuci bahagian tubuh yang digigit anjing atau haiwan lan menggunakan air mengalir dan sabun selama 15 minit bagi menghilangkan kesan air liur
- Segera dapatkan rawatan di klinik kesihatan atau hospital terdekat jika digigit oleh haiwan peliharaan yang agresif atau anjing liar, walaupun semasa fasa kawalan pergerakan dalam pandemik COVID-19 ini
- Pastikan anjing peliharaan telah mendapat suntikan anti-rabies setiap tahun dari klinik haiwan terdekat dan elakkan ia bercampur dengan anjing atau haiwan liar
- Jika anjing atau kucing peliharaan didapati berubah tingkah laku termasuk agresif. Dapatkan rawatan segera di klinik haiwan dan laporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar berhampiran
- Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika terdapat anjing liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal
- Sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan cuci tangan dengan betul menggunakan air dan sabun selepas menyentuh haiwan peliharaan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: